Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua. HArini Dr Fuh nak kongsi satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang remaja. Kisah ini Dr Fuh kongsikan dari laman Kopi Lekat. Jom baca!
Saya ingin berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Mungkin cerita yang ingin saya sampaikan ini dianggap sebuah dongeng pada halwa pendengaran para pendengar, tapi ia adalah satu kenyataan yang kami sekeluarga tempuhi.
Kisah ini baru juga berlaku, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu jam menunjukkan 10.25 malam dan saya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah saya, dan bila saya buka, saya dapati kakak saya berlumuran dengan darah. Saya amat terkejut dan panik dengan keadaannya masa itu. Saya tanya dia kenapa tapi dia hanya mendiamkan diri dan menangis lalu terus berlari ke bilik air.
Saya bergegas ke bilik untuk beritahu mak dan ayah. Mak dan ayah juga cuba memanggil nama kakak dan ketuk berkali-kali di pintu tandas tapi kakak hanya mendiamkan diri. Kami sekeluarga panik dengan keadaan kakak.
Tak lama selepas itu, ada seseorang mengetuk pintu. Ayah ke pintu untuk menjengah siapa yang datang. Dua orang lelaki menggelarkan mereka adalah kawan kepada kakak saya. “Cik, saya Amir, kawan Lin…”
Beliau bercakap sambil menangis terisak-isak, “Cik… Lin meninggal dunia… Dia kemalangan…” Sejurus mendengar kata-katanya, ayah saya memarahi beliau dan mengatakan kakak ada di bilik air.
Dipendekkan cerita, kami ke tandas untuk memastikan kesahihan berita yang kami dengar. Pintu tandas diketuk berkali-kali tapi kakak tetap mendiamkan diri. Ayah memutuskan untuk memecahkan pintu tandas.
Alangkah terperanjatnya kami, tiada sesiapa di dalam dan ayah menyoal saya tentang kakak. Saya menangis dan bersumpah yang saya jumpa itu benar-benar kakak dan saya mengatakan kalau saya tipu, kenapa pintu bilik air terkunci di dalam. Ayah dan mak hanya tergamam antara percaya dan tak percaya dengan cerita saya…
Kami pun ke tempat kejadian untuk memastikan berita yang disampaikan kawan kakak dan cerita itu memang benar. Kakak telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana motor yang ditunggangnya terbabas di jalan.
Motornya remuk dan penuh dengan darah tapi masa kami sampai, kakak telah dibawa pergi ke hospital untuk bedah siasat. Sudah lima tahun perkara ini berlaku, tetapi sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya, siapakah yang pulang ke rumah???
Sehingga hari ini saya masih tidak percaya dengan apa yang saya alami. Saya menjadi trauma setiap kali pintu diketuk kerana rasakan seolah-olah kakak pulang. Sudah puas saya berubat tapi tiada satu pun yang dapat membantu saya.
Di kesempatan ini, saya harap pendengar yang budiman, dapatlah menyedekahkan surah Al-Fateha pada arwah kakak saya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmit yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga dia tenang di sana. Amin…
Namun begitu mari kita lihat dari sudut ajaran agama Islam. Benarkah roh yang telah meninggal dunia itu boleh kembali ke dunia?
ولكن لم يثبت أنها تتصل بالأحياء في غير المنام ،
Akan tetapi tidak terdapat dalil bahawa roh-roh orang mati bertemu dengan yang hidup dalam keadaan bukan bermimpi.
Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman menerangkan:
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : ” Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” ( Al-Mu’minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”
Firman Allah ertinya : “Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Kesimpulan:
Tiada dalil ruh si mati akan menziarahi orang-orang hidup di bulan Ramadhan. Perkara-perkara ghaib hendaklah dengan dalil.
Wallahua’lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith
Oleh itu kisah yang dilalui sendiri oleh saudara ini boleh jadi ianya benar-benar berlaku,tetapi untuk mengatakan itu adalah roh kepada si mati tidak dapat dipastikan kesahihannya. Menurut apa yang telah diperjelaskan oleh ustaz ini,roh tidak akan kembali ke dunia namun perkara ini tidak mustahil bagi Allah. Berkaitan alam ghaib kita haruslah berpegang kepada nas.Perkara mengenai ini tiada nas dan dalil.Kemungkinan apa yang dilalui oleh saudara ini adalah jelmaan syaitan atau jin yang menyerupai si mati bagi menggangu atau menyesatkan manusia. Wallahualam.
Sumber: hambafakir.com
How to Trade Forex
The forex market is the largest in the world, offering many trading opportunities for experts and beginners. In order to boost your chances of making a profit you need to know how to trade forex before delving into the most liquid market in the world. The main principle to understand when you learn forex trading is the same as any investment; buy low, sell high. There is more to it than that though, as our guide to how forex works will explain.
Forex Trading Basics
The first thing to understand when learning the forex trading basics, is that currencies come in pairs. If a trader believes one currency will rise in value (strengthen or appreciate) they will buy that currency while selling the other at the same time.
Take the major EUR/USD pair for example. A trader thinking the USD will strengthen would buy this currency, while simultaneously selling their euros. The USD will then hopefully rise in value before the trader closes their position and sells the USD at a higher value than they first bought, making a decent profit. The trader will make a loss if the USD does not strengthen, though trading in pairs means they can profit no matter which way the exchange price moves if they back the right side.
Open a Trading Account
Now that you understand the forex trading basics, you can take the next steps to making trades. The first step is to open a trading account. This is a simple process which involves entering personal details and depositing funds into your account.
Most platforms will offer a demo account, which is a good idea to use and practise on before putting any of your own finances at risk. When choosing a trading account to open, consider the leverage, commissions and fees that are involved along with the currencies offered, to find the best option for your trading level and aims.
Ways to Trade FX
There are a few different ways to trade forex, yet for each one the main principles picked up when you learn forex trading should all be applied.
0 Response to "Kami Sekeluarga Saksikan Arwah Kakak Pulang Ke Rumah"
Posting Komentar