Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila ada dalam kalangan saudara mara atau teman-teman terdekat kita yang menderitai penyakit yang sukar diubati.
Sekiranya perkara ini belaku pada anda, diharapkan anda tabah dan tidak menyerah kalah selagi masih ada secebis harapan.
Peristiwa ini berlaku pada gadis cilik
berusia 8 tahun yang bernama Xuan Xuan. Ketabahan dan pengorbanan yang
dilakukan anak kecil ini sangat menakjubkan.
Xuan Xuan berasal dari wilayah Shandong,
China. Dua tahun lalu, ibunya, Ba Li Li, tiba-tiba menjumpai
tompok-tompok darah dan lebam pada tubuhnya. Setelah diperiksa di
hospital, ibunya didapati menghidap penyakit leukemia limfoblastik akut.
Pada masa itu, Ba Li Li juga sedang
hamil 4 bulan. Dia terpaksa menggugurkan kandungannya untuk menjalani
rawatan kemoterapi. Dalam masa setahun, Ba Li Li telah menjalani lapan
rawatan kemoterapi, dan keadaannya kelihatan bertambah baik. Tetapi
beberapa bulan kemudian, penyakit kansernya menyerang lagi. Pada bulan
November tahun lalu, doktor menjelaskan bahawa rawatan kemoterapi
mungkin tidak lagi berkesan untuknya.
Ba Li Li dinasihatkan doktor untuk
menjalani pemindahan sumsum tulang. Pada masa itu, ramai ahli keluarga
terdekat dan saudara mara tampil untuk menawarkan sumsum tulang mereka
kepada Ba Li Li. Tetapi hanya sumsum tulang Xuan Xuan yang didapati
sepadan dengan ibunya itu.
Ketika ditemu bual, Xuan Xuan
memberitahu bahawa dia pernah melihat seorang pesakit di hospital yang
sakit menderita ketika sedang hamil. Peristiwa tersebut menyedarkan
gadis kecil ini tentang betapa peritnya kesakitan yang dialami ibunya
dahulu sewaktu melahirkannya.
Jadi, apabila dia mengetahui dia boleh
melakukan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa ibunya, Xuan Xuan berkata,
“Saya tidak akan berada di sini sekiranya ibu tidak melahirkan saya.
Kerana ibu memberikan kesempatan hidup pada saya, saya mesti
menyelamatkan nyawa ibu.”
Hatinya terasa seolah-olah dicucuk
sembilu membiarkan anak sekecil itu menyumbangkan sumsum tulangnya.
Pernah terlintas di fikiran Ba Li Li bahawa lebih baik dia pergi
daripada membebankan ahli keluarga dan membiarkan anaknya menderita
seperti itu.
Tetapi selepas dipujuk suami, dia
menerima keputusan itu dengan berat hati. Ba Li Li juga tidak mahu
anaknya berasa kesal kemudian hari. Oleh sebab itu, dia bersedia
menerima pemindahan sumsum tulang dari anaknya.
Namun, pada masa itu, Xuan Xuan sangat
kurus, berat badannya hanya 24 kilogram. Doktor memberitahu bahawa gadis
ini perlu menaikkan berat badannya beberapa kilogram barulah pemindahan
tersebut boleh dijalankan.
Oleh itu, Xuan Xuan berusaha untuk
menaikkan berat badannya dengan mengambil makanan sehingga lapan kali
sehari. Kini berat badannya mencecah 29kg dalam masa yang singkat. Xuan
Xuan juga memberitahu kepada ayahnya bahawa dia tidak perlu
menghabiskan wang membeli makanan yang mahal kerana wang tersebut boleh
digunakan untuk tujuan rawatan ibunya.
Setelah beberapa waktu berlalu, ketika
tibanya saat melakukan pemindahan sumsum tulang tersebut, Xuan Xuan
dilihat sangat cekal dan tidak menitiskan setitik air mata pun.
Kecekalannya membuatkan hati ibu bapanya
sangat tersentuh. Sementara itu, kedudukan kewangan keluarga itu juga
telah banyak berkurang untuk menampung kos rawatan kemoterapi berulang
kali yang mencecah 800 000 Yuan (RM 517 694.29) .
Mujurlah setelah kisah keberanian dan
pengorbanan Xuan Xuan tersebar, ramai yang tampil memberikan sumbangan
dana untuk membantu keluarga ini.
Tentunya Xuan Xuan diselubungi perasaan
takut sebelum pembedahan tersebut. Tetapi apabila di fikirkan
pengorbanan dan keadaan ibunya itu, apalah ertinya rasa takut ini?
Semoga Ba Li Li dapat segera pulih selepas pembedahan, dan boleh kembali pulang menikmati kebahagiaan bersama keluarga.
Sumber : Era Baru
How to Trade Forex
The forex market is the largest in the world, offering many trading opportunities for experts and beginners. In order to boost your chances of making a profit you need to know how to trade forex before delving into the most liquid market in the world. The main principle to understand when you learn forex trading is the same as any investment; buy low, sell high. There is more to it than that though, as our guide to how forex works will explain.
Forex Trading Basics
The first thing to understand when learning the forex trading basics, is that currencies come in pairs. If a trader believes one currency will rise in value (strengthen or appreciate) they will buy that currency while selling the other at the same time.
Take the major EUR/USD pair for example. A trader thinking the USD will strengthen would buy this currency, while simultaneously selling their euros. The USD will then hopefully rise in value before the trader closes their position and sells the USD at a higher value than they first bought, making a decent profit. The trader will make a loss if the USD does not strengthen, though trading in pairs means they can profit no matter which way the exchange price moves if they back the right side.
Open a Trading Account
Now that you understand the forex trading basics, you can take the next steps to making trades. The first step is to open a trading account. This is a simple process which involves entering personal details and depositing funds into your account.
Most platforms will offer a demo account, which is a good idea to use and practise on before putting any of your own finances at risk. When choosing a trading account to open, consider the leverage, commissions and fees that are involved along with the currencies offered, to find the best option for your trading level and aims.
Ways to Trade FX
There are a few different ways to trade forex, yet for each one the main principles picked up when you learn forex trading should all be applied.
0 Response to "Demi Nyawa Seorang Ibu Tindakkan Si Anak Ini Buat Ramai TERSENTUH !!!"
Posting Komentar