Seorang wanita berusia lingkungan 30-an mendakwa dirinya hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit yang dijalinnya dengan seorang pemuzik kumpulan rock legenda tanah air.
Mahu dikenali sebagai Ann, wanita tersebut
ketika menghubungi Utusan Online mengakui bayi yang dikandung adalah
angkara keterlanjurannya bersama pemuzik berkenaan yang dikenali lebih
setahun lalu.
“Kami mula berkenalan dalam sebuah majlis
persendirian, namun hubungan tersebut pada peringkat awal hanya sekadar
kenalan biasa, tidak lebih dari itu.
“Bagaimanapun, disebabkan urusan perniagaan yang
ada kaitan dengan kumpulan rock terkenal itu, saya jadi kerap bertemu
dengannya termasuk ahli yang lain.
“Ekoran itu, kami mula jadi kawan baik, semakin hari semakin rapat sehinggalah memutik rasa kasih dan sayang antara kami berdua.
“Mulanya saya enggan terperangkap dalam hubungan
tersebut memandangkan pemuzik veteran itu sudahpun berumah tangga,”
katanya berterus-terang.
Pun begitu, layanan mesra serta sikap budiman
lelaki itu membuatkan Ann termakan umpan yang dipasang lalu merelakannya
menjadi mangsa kepada jerat percintaan kasanova berkenaan.
Akuinya lagi, pada Julai lalu, hubungan mereka
kian intim sehingga berlanjutan ke adegan ranjang yang akhirnya
mengundang padah buat Ann.
“Selang beberapa minggu, saya disahkan hamil
selepas melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran menyedari kitar haid
yang terhenti, di samping menghidapi simptom lazim kehamilan.
Sebaik dimaklumkan tentang kehamilan itu, terus saya hubunginya untuk menceritakan situasi yang sedang dialami.
“Pada waktu itu, meski dia menunjukkan reaksi
terkejut, namun berjanji untuk bertanggungjawab termasuk mengatur
perancangan menikahi saya,” jelasnya.
Trimester pertama kehamilan, Ann mengatakan
lelaki itu berusaha mengotakan janjinya sehinggalah hubungan sulit
mereka dihidu isteri pemuzik terbabit.
Sejak itu, kedua-duanya berhadapan masalah dan
jarang bertemu bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar, cuma kata Ann,
hanya telefon pintar menjadi medium komunikasi.
Disebabkan hal itu, pelbagai kesukaran mula timbul, sekali gus menyulitkan lagi hubungan terlarang yang berlaku antara mereka.
“Lama-kelamaan, hubungan kami makin renggang,
selalu terjadi perselisihan faham dan sebagainya yang kemudiannya
menjadi punca terhadap perpisahan kami.
“Lebih teruk, dia sekarang seolah-olah sudah
lepas tangan membiarkan saya seorang menanggung bahana onar kesilapan
kami,” ujarnya memberi penjelasan.
Berjanji tidak akan menggugurkan kandungannya,
Ann berharap luahan itu dapat melembutkan hati pemuzik tersebut agar
mengotakan janji yang telah dilafaz sebelum ini.
Sumber:UTUSAN ONLINE
Forex Signals for Scalping
The forex signals industry has evolved since the early 2000s. This happened when retail forex started to get popular among individual traders. There are still quite a few forex signals providers now who provide many different types of signals. There are firms that offer long-term forex signals which are trade recommendations. These target hundreds and thousands of pips. There are medium-term signal providers whose forex signals target hundreds of pips. And then there are short-term day trading and scalping signal providers who target from a few pips to 100-200 pips. Scalping is a trading strategy based on small timeframes where you enter a position, hold it a few minutes, grab a few pips and get out. You can find this strategy explained at our trading strategies section. According to the signals we provide here, about 5% of the signals provided are based on this strategy. But major financial events can cause high volatility in the markets. In this article, we will explain the benefits of scalping forex signals.
Forex scalping signals are popular in the forex signals industry
0 Response to "[EKSLUSIF] Wanita Hamil Anak Luar Nikah Bintang Rock Lagenda 80an – 90an, Janji Tak Gugur Kandungan"
Posting Komentar