“Mommy sekelian, ada tak yang macam saya? Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu…”
Inilah yang dikatakan oleh Alang Narzita melalui salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan ramai daripada kaum ibu.
Menurutnya lagi, dia telah mempraktikkan
cara ini selama 11 tahun, iaitu bermula daripada anak sulung hinggalah
sekarang anak keempat yang berusia 1 tahun 9 bulan.
Sudah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau
‘meramas lembut’ lampin pakai buang ini kerana ia dapat melembutkan
struktur lampin pakai buang yang sudah lama terlipat di dalam
pembungkus.
Kata Alang Narzita, ia memang berbeza daripada lampin pakai buang yang
tidak diramas kerana lampin pakai buang baru mempunyai tekstur dan
permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung
bayi.
“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh
buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung
bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’,
spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam
mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.
Kebanyakan ibu bapa tertarik dengan
petua ini dan tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tidak kurang
ada juga ibu bapa yang sudah lama mempraktikkan dan amat berpuas hati
dengan kaedah ini.
Menurut komen daripada ibu bapa
terutamanya, lampin pakai buang jenis seluar juga boleh dibuat dengan
kaedah yang sama. Apabila anak memakai lampin pakai buang, ia tidak
bocor dan selesa mengikut bentuk punggung anak. Kulit anak pula menjadi
montok dan licin sebab ianya lebih lembut.
Ada juga ibu bapa yang bertanya adakah
lampin pakai buang itu akan bocor jika berbuat demikian. Jawapannya
ialah sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis lampin pakai buang telah
direka dengan ciri ketahanan.
Namun harus diingatkan supaya anda tidak ‘memerah’ atau ‘meramas’ lampin pakai buang itu dengan terlalu kasar.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat
kepada anda semua dan kongsikan kepada orang lain agar mereka mengetahui
kaedah yang baik ini.
Sumber : Bicara Islam
Are There Any Retail Forex Brokers or Dealers Based in Singapore?
Yes. There are at least three, reputable and proven global Forex brokers based in Singapore: * IG is a global corporation which is listed on the London Stock Exchange. They are also registered and licenced in Singapore. * Oanda is an international company, headquartered in Canada, also represented in Singapore. * CMC Markets is based in the UK, listed on the London Stock Exchange and also has an office in Singapore.
0 Response to "“Ini Sebabnya Saya ‘Ramas’ Dan ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai”"
Posting Komentar